am@hmetro.com.my

Pontian: "Bila tiba di lokasi, saya nampak ada yang terbaring tepi semak. Abang mereka pula memang parah," kata Norimah Khamis, 40, ibu saudara kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori di Jalan Parit Haji Siraj, di sini, pagi tadi.

Norimah berkata, dia antara individu terawal tiba di lokasi selepas dimaklumkan tiga beradik itu, Nor Daniel Aiman Norlizan, 18, Nor Daniel Fikri, 11, dan Puteri Naufal Raisya, 8, terbabit dalam kemalangan itu.

"Adik saya telefon dan beritahu Echa (Puteri Naufal Raisya) sudah tiada, manakala abang dia (Nor Daniel Aiman) pula kritikal.

"Saya terus ke lokasi yang dimaklumkan dan apabila tiba, saya nampak seorang di sana, seorang lagi di sini (atas jalan). Mereka mungkin tercampak.