am@hmetro.com.my

Tanjong Karang: Tiga individu yang maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori di Jalan Raja Muda Musa menghala ke Tanjong Karang, di sini hari ini disahkan sebagai sekeluarga.

Dalam kejadian itu, mereka terdiri daripada seorang wanita berusia 44 tahun, seorang kanak-kanak lelaki, 8, dan seorang kanak-kanak perempuan, 12.

Manakala seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun cedera di kepala.

Nahas berlaku selepas MPV Proton Exora dinaiki mereka merempuh belakang lori 20 tan.