KUALA LUMPUR- Malaysia dan Myanmar senada kementerian serta agensi berkaitan perlu bergerak aktif dan selaras bagi menjayakan kerjasama antara kedua-dua negara, termasuk usaha merungkai isu pelarian Myanmar di Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu ditekankan beliau bersama-sama Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing dalam pertemuan serta rundingan dua hala yang diadakan hari ini.
Anwar berkata selepas sidang media bersama-sama, beliau dan Min Aung Hlaing kemudian menyertai Dialog Kerjasama Malaysia-Myanmar di Kompleks Seri Perdana anjuran Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia.
Beliau berkata dialog berkenaan melengkapi usaha memperkukuh persefahaman antara Malaysia dan Myanmar menerusi penglibatan ahli akademik, ilmuwan, badan pemikir dan komuniti perniagaan kedua-dua negara.










