PETALING JAYA – Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan esok diharapkan dapat memperkenalkan langkah-langkah terbaik untuk mengatasi peningkatan kos operasi perniagaan, memperkukuh daya saing industri melalui gabungan langkah jangka pendek dan penyelesaian jangka sederhana yang seimbang bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus memberikan manfaat bermakna kepada rakyat.
Ketua Pegawai Operasi, Perancangan Kumpulan & Perkhidmatan Korporat M K Land, Nazri
Tumin berkata, meskipun langkah jangka pendek penting dalam menangani tekanan ekonomi
semasa, penekanan yang lebih baik dan menyeluruh juga perlu diberikan kepada usaha
menangani cabaran struktur yang mempengaruhi keupayaan perniagaan untuk melabur,
berkembang dan menyumbang secara mampan kepada ekonomi negara.










