bhrencana@bh.com.my

Isu masa menunggu panjang di hospital kerajaan sering mendapat perhatian awam apabila tular di media sosial.

Penjelasan Kementerian Kesihatan (KKM), termasuk mengenai sistem triage, penting kerana jabatan kecemasan tidak beroperasi berdasarkan prinsip siapa datang dahulu, dirawat dahulu, tetapi mengikut tahap kegawatan klinikal. Kes merah dan kuning perlu diutamakan, manakala kes hijau yang tidak kritikal lazimnya menunggu lebih lama.

Namun, selepas kenyataan rasmi dikeluarkan, persoalan lebih besar kekal, iaitu mengapa isu kesesakan dan masa menunggu terus berulang?

Jawapannya tidak boleh diringkaskan kepada kekurangan doktor semata-mata kerana ia membabitkan gabungan kapasiti, pengagihan tenaga kerja, corak ketibaan pesakit, penjadualan, beban kerja dan kecekapan operasi.