saadiah_ismail@bh.com.my
Kuala Lumpur: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan memberi tumpuan kepada tiga perkara utama iaitu mengekalkan tenaga kerja kesihatan, memperkukuh kesinambungan daripada saringan kepada rawatan serta mengoptimumkan peranan sektor penjagaan kesihatan swasta sebagai rakan strategik negara.
Presiden MMA, Dr L Sivanaesan berkata, negara kini berdepan kekurangan hampir 11,000 pakar, manakala kadar kekosongan jawatan jururawat adalah sekitar 18 peratus.
Katanya, antara tahun 2019 hingga 2023, seramai 3,494 doktor meninggalkan Kementerian Kesihatan (KKM), termasuk 2,385 pegawai perubatan tetap dan 1,109 pakar.
"Peletakan jawatan dalam kalangan pakar meningkat sebanyak 57 peratus sepanjang tempoh itu, manakala kadar pengisian jawatan menurun daripada 96 peratus kepada 83 peratus.






