ferzalfie@hmetro.com.my

Seremban: Kompleks Sukan Negeri Paroi kini hampir bertukar wajah bagi memastikan segala persiapan berjalan lancar menjelang saingan Zon Tengah-Selatan Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 yang membuka tirai esok.

Sehari sebelum kejohanan, petugas penganjur dilihat sibuk sejak 2 petang bagi menyiapkan venue utama yang bakal menjadi tumpuan pemain bawah 16 tahun dari seluruh negara terutama bahagian Lembah Klang serta Selatan.

Kerja-kerja pemasangan dilakukan secara berperingkat, termasuk banting, gelanggang pertandingan, pentas utama, kerusi dan meja, selain penyediaan ruang khas untuk tetamu kenamaan (VIP).

Tidak ketinggalan, beberapa ruangan pameran dan aktiviti sukan mini, papan iklan serta bahan promosi turut dipasang bagi menceriakan kawasan sekitar kompleks sukan berkenaan terutama berkonsepkan McDonald's iaitu rangkaian restoran perkhidmatan segera (makanan segera).