KUALA LUMPUR: Pemandu diingatkan supaya tidak menggunakan lampu tinggi dan lampu kecemasan secara sebarangan ketika memandu dalam keadaan jerebu atau kabus tebal bagi mengelakkan risiko kemalangan maut.
Itu peringatan disampaikan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) keselamatan jalan raya merangkumi Road Safety Expert Association (RSEA), Malaysian Eminent Persons On Road Safety Forum Group (MEPORS) serta Road Safety Alliance Malaysia (ROSAM) menerusi kempen pesanan khidmat masyarakat.
Menurut kenyataan itu, penggunaan lampu tinggi ketika jerebu hanya akan memantulkan cahaya pada zarah udara sekali gus memburukkan lagi keadaan silau.
"Pemandu disyorkan menggunakan lampu rendah atau lampu kabus (fog lamp) sekiranya jarak penglihatan berkurangan sehingga bawah 100 meter.










