PUTRAJAYA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menyatakan kesediaan mengambil langkah perlu bagi menangani situasi yang menyebabkan jerebu di Malaysia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, perkara itu dibincangkan secara terus bersama Prabowo menerusi panggilan telefon hari ini.
"Soal jerebu memang membimbangkan. Saya telah hubungi sendiri Presiden Prabowo, beliau setuju ambil langkah yang perlu," kata Anwar yang juga Menteri Kewangan kepada pemberita selepas meninjau persediaan menjelang pembentangan Belanjawan 2027 di Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata, Malaysia sejak beberapa minggu lepas telah menyatakan kesediaan menghulurkan apa sahaja bentuk kerjasama kepada Jakarta, memandangkan situasi jerebu kini membimbangkan orang ramai dari sudut kesihatan.










