JAKARTA – Kerajaan Indonesia dituduh melakukan ‘kecuaian serius’ dalam perbicaraan di mahkamah semalam mengenai saman terhadap presiden dan pegawai lain berkaitan jerebu akibat kebakaran hutan yang menyelubungi sebahagian Pulau Borneo.
Empat plaintif daripada badan bukan kerajaan pribumi, AMAM, memfailkan saman berkumpulan pada bulan lepas di sebuah mahkamah di kota Pontianak, wilayah Kalimantan Barat.
Rantau itu terjejas teruk akibat kebakaran dan asap yang mengakibatkan sekolah-sekolah ditutup serta memaksa ratusan penduduk mendapatkan rawatan perubatan bagi penyakit saluran pernafasan.
Presiden Prabowo Subianto dan Gabenor Kalimantan Barat adalah antara 10 defendannya.
Peguam plaintif, Glorio Sanen berkata, kes itu merupakan ‘langkah untuk menangani masalah’ kebakaran hutan tahunan yang sebahagian besarnya berpunca daripada pemusnahan hutan dan didorong pada tahun ini oleh fenomena cuaca El Nino, mengakibatkan kemarau secara luar biasa.










