JAKARTA: Kerajaan Indonesia berdepan saman berhubung pencemaran jerebu akibat kebakaran hutan yang melanda sebahagian Borneo, dengan plaintif mendakwa pihak berkuasa melakukan ‘kecuaian serius’ dalam menangani masalah berkenaan.
Kes itu mula dibicarakan di mahkamah di Pontianak, Kalimantan Barat, hari ini selepas empat plaintif, termasuk cawangan tempatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) masyarakat pribumi AMAN, memfailkan saman berkenaan bulan lalu.
Kebakaran dan asap tebal menjejaskan wilayah berkenaan sehingga menyebabkan sekolah ditutup dan ratusan penduduk mendapatkan rawatan akibat masalah pernafasan.
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, dan Gabenor Kalimantan Barat antara 10 defendan yang dinamakan dalam saman itu.










