KANGAR: Nelayan kategori Zon C2 berharap kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian subsidi diesel pada Belanjawan 2027 pada esok (Jumaat). 

Buat masa ini, golongan nelayan Zon C2 tidak menikmati subsidi sebagaimana bot nelayan Zon A, B dan C yang mana mereka hanya menerima insentif pendaratan ikan. 

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Perlis, Asri Jab berkata, permintaan tersebut sewajarnya dipertimbangkan oleh kerajaan berikutan kos diesel pada masa ini terlalu tinggi dan membebankan. 

“Ini kerana nelayan C2  perlu membayar diesel dengan harga industri dan mereka tidak mendapat kemudahan seperti fleet card yang diberi kepada pemilik lori atau pengusaha feri.

“Oleh itu, kita minta agar subsidi kepada nelayan C2 ini dapat dikembalikan walaupun tidak sepenuhnya yang sedikit sebanyak dapat kurangkan beban mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.