firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap bantuan kewangan sewajarnya daripada kerajaan dapat dipertimbangkan menerusi Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat ini bagi membantu badan induk itu mengurus serta membangunkan bola sepak negara.

Presiden FAM, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, bukan mudah untuk mentadbir badan sukan, lebih-lebih lagi bola sepak yang menjadi sukan nombor satu negara dan membabitkan perancangan serta perbelanjaan besar.

Menurutnya, FAM bersama badan sukan lain pastinya mengharapkan sokongan kewangan kerajaan bagi memastikan usaha pembangunan sukan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.