Pontianak: Kerajaan Indonesia dituduh melakukan 'kecuaian besar' berhubung jerebu beracun akibat kebakaran hutan yang menyelubungi sebahagian pulau Borneo dalam kes mahkamah yang bermula di Pontianak, Kalimantan Barat, Rabu lalu.

Empat plaintif, termasuk cawangan tempatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Orang Asal AMAN, memfailkan saman tindakan kelas itu bulan lalu di sebuah mahkamah di Pontianak, dengan Presiden, Prabowo Subianto dan gabenor Kalimantan Barat antara 10 defendan.

Wilayah itu terjejas teruk akibat kebakaran dan asap yang menyebabkan sekolah ditutup serta memaksa ratusan orang mendapatkan rawatan perubatan bagi masalah berkaitan pernafasan.

Peguam plaintif, Glorio Sanen berkata, selepas pendengaran pertama bahawa kes itu adalah satu langkah untuk menangani masalah kebakaran tahunan yang sebahagian besarnya dipersalahkan kepada kemusnahan hutan dan didorong tahun ini oleh episod fenomena cuaca El Nino yang sangat kuat sehingga menyebabkan kemarau.