puterialia@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon, Alif Satar, tampil bersuara berhubung kontroversi yang melanda jenama wangian lelaki dari Indonesia, Kahf, susulan hantaran di platform Threads yang didakwa menyentuh sensitiviti kenegaraan.

Menerusi hantarannya di Threads, Alif, 36, berkata, dia mengambil inisiatif untuk menyuarakan pendirian peribadinya demi memelihara keharmonian dan mengambil kira sensitiviti isu terbabit.

"Alif sebagai rakyat Malaysia, percaya yang negara kita dan rakyat mesti dihormati. Prinsip Alif, memang tidak pernah bersetuju dengan kandungan yang merendahkan mana-mana negara atau sesiapa pun," tulisnya.

Menurut Alif yang juga duta jenama berkenaan, dia mengambil maklum mengenai permohonan maaf yang dilakukan pihak Kahf mengenai isu berkenaan.