KUALA LUMPUR: Pasaran saham Malaysia kekal stabil meskipun berdepan perubahan geopolitik dunia, disokong dasar kerajaan yang telus yang turut membantu merancakkan kemasukan dana asing ke negara ini.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata keadaan pasaran saham sentiasa dipengaruhi pelbagai faktor termasuk perkembangan geopolitik dunia yang boleh menyebabkan pergerakan pasaran menjadi tidak menentu.
Bagaimanapun, katanya pasaran saham Malaysia ketika ini tidak mengalami kenaikan terlalu tinggi atau kejatuhan mendadak.
"Dalam pasang surut pasaran modal, kita akan melihat kadangkala saham itu akan naik atau jatuh kerana ada banyak yang berlaku dalam dunia. Kita kini dalam fasa di mana geopolitik dunia banyak berubah, namun dari segi pasaran saham yang ada di Malaysia, kita stabil.









