KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu individu yang membayar AS$49,500 (RM202,250) untuk menyewa sebuah jet peribadi yang dikaitkan dengan cubaan menyeludup 521 kilogram (kg) syabu dari Laos ke Filipina.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pihaknya sedang mengenal pasti individu yang membuat tempahan pesawat berkenaan, yang ditahan pihak berkuasa Laos di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang pada 1 Oktober lalu.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati pesawat berkenaan milik sebuah syarikat penerbangan persendirian Malaysia yang mengendalikan dua jet untuk tujuan sewaan.
Berita lanjut menyusul
© New Straits Times Press (M) Bhd








