ISKANDAR PUTERI: Sektor pelabuhan negara perlu mempercepatkan pelaksanaan agenda nyahkarbon bagi memastikan Malaysia memenuhi kewajipan antarabangsa di bawah Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) untuk mencapai karbon sıfar bersih menjelang 2050.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata Malaysia mempunyai tempoh kira-kira 24 tahun untuk memastikan pelbagai inisiatif nyahkarbon dapat dilaksanakan secara menyeluruh, sama ada menerusi penggunaan tenaga hijau oleh kapal, mahu pun operasi di kawasan pelabuhan.
Beliau berkata, peralihan industri perkapalan antarabangsa terhadap bahan api alternatif seperti metanol, gas asli cecair (LNG) dan amonia membuka peluang baharu untuk menjadikan pelabuhan tempatan sebagai hub pembekalan bahan api hijau (green bunkering).










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Ftigaberadik1333_209214.png&w=480&output=webp&q=85&we)