PUTRAJAYA: Penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) Sabtu ini diteruskan seperti dirancang, namun Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak menolak kemungkinan penangguhan di kawasan tertentu sekiranya keadaan jerebu tidak mengizinkan.
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, keputusan itu bergantung pada penilaian Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa serta nasihat agensi berkaitan yang memantau perkembangan jerebu.
Katanya, persiapan logistik dan penganjuran program HSN hampir 100 peratus selesai, manakala mesyuarat berkala diadakan bersama Jabatan Belia dan Sukan Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) serta agensi berkaitan bagi menilai situasi semasa.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2022%2F12%2Fff13c5aced267bd057c294b0a237e5d4.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
