MENTERI Belia dan Sukan, Dr. Mohamed Taufiq Johari yakin kontinjen negara mampu mencapai malah melepasi sasaran yang ditetapkan pada Sukan Para Asia akan datang, berbekalkan semangat positif daripada pencapaian atlet negara pada Sukan Asia baru-baru ini.Beliau berkata, kejayaan atlet negara pada Sukan Asia menjadi pemangkin kepada atlet para untuk memberikan persembahan terbaik dalam temasya berkenaan."Untuk Para Asia saya berharap agar kita boleh juga untuk mencapai sasaran ditetapkan yang akan diumumkan, dan bukan hanya mencapai tetapi juga melebihi daripada sasaran."Saya yakin elemen positif yang dibawa oleh Sukan Asia, atlet-atlet able kita yang lepas mampu menjadi pemangkin semangat kepada atlet para kita," katanya.Kontijen Malaysia berjaya mengumpul sembilan pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 menyamai pencapaian terbaik negara di Guangzhou 2010 sekali gus melebihi sasaran enam pingat emas yang ditetapkan sebelum ini.Pingat emas hadir menerusi karate, e-sukan, sepak takraw, skuasy dan berbasikal trek, sekali gus membolehkan Malaysia melepasi sasaran enam emas yang ditetapkan sebelum temasya.Dalam pada itu, Dr Mohamed Taufiq turut meletakkan kepercayaan penuh kepada atlet, jurulatih, ketua kontinjen (CDM) serta seluruh pasukan bagi memastikan sasaran yang ditetapkan dapat dicapai.Kontijen negara ke Sukan Para Asia Aichi-Nagoya menyasarkan enam pingat emas, 10 perak dan 16 gangsa menerusi olahraga, badminton serta boccia. - Bernama
Sukan Para Asia 2026: Mohamed Taufiq yakin atlet mampu lepasi sasaran

Key points
- MENTERI Belia dan Sukan, Dr. Mohamed Taufiq Johari yakin kontinjen negara mampu mencapai malah melepasi sasaran yang ditetapkan pada Sukan Para Asia akan datang, berbekalkan semangat positif daripada pencapaian atlet negara pada Sukan Asia baru-baru ini.
- Beliau berkata, kejayaan atlet negara pada Sukan Asia menjadi pemangkin kepada atlet para untuk memberikan persembahan terbaik dalam temasya berkenaan.
- Kontijen Malaysia berjaya mengumpul sembilan pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 menyamai pencapaian terbaik negara di Guangzhou 2010 sekali gus melebihi sasaran enam pingat emas yang ditetapkan sebelum ini.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Harian Metro Korea Selatan menang 'ibu pingat' Sukan Asia 2026
- Berita Harian MPM harap RM15 juta untuk pembangunan sukan para
- Sinar Harian Sukan Para Asia 2026: Mohamed Taufiq yakin atlet mampu lepasi sasaran (this story)








