SUNGAI SIPUT - Polis mengesahkan terdapat kesan jerutan dan tetak pada beberapa bahagian tubuh lelaki yang ditemui mati di tepi jalan, Jalan Kampung Air Hitam, Sungai Sejuk di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Charan Ai Wan berkata, laporan itu diperolehi hasil bedah siasat yang dijalankan Pakar Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh."Hasil bedah siasat mendapati kesan jerut pada leher menjadi punca utama kematian mangsa."Terdapat juga kesan luka hiris dan luka tetak pada muka, leher dan dada dipercayai menggunakan objek tajam, selain lebam pada kedua-dua tangan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.Beliau berkata, berdasarkan siasatan, mangsa dikenal pasti sebagai warga tempatan berusia 53 tahun.Katanya, siasatan awal turut mendapati mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dicampakkan di tempat kejadian."Mayat mangsa telah dituntut ahli keluarga untuk dibawa pulang ke Bandar Puchong Jaya, Puchong, Selangor," katanya.Tambah beliau, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan usaha mengesan suspek terlibat sedang giat dijalankan.Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 pagi itu, mangsa ditemukan oleh orang awam dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di tepi jalan berkenaan.Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa telah meninggal dunia dipercayai dibunuh.
Penemuan mayat: Mangsa dibunuh di lokasi lain, mayat di buang tepi jalan - Polis

Key points
- SUNGAI SIPUT - Polis mengesahkan terdapat kesan jerutan dan tetak pada beberapa bahagian tubuh lelaki yang ditemui mati di tepi jalan, Jalan Kampung Air Hitam, Sungai Sejuk di sini pada Rabu.
- Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Charan Ai Wan berkata, laporan itu diperolehi hasil bedah siasat yang dijalankan Pakar Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
- Katanya, siasatan awal turut mendapati mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dicampakkan di tempat kejadian.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Kosmo , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- NORMAWATI ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh dijumpai di tepi jalan
- Sinar Harian Penemuan mayat: Mangsa dibunuh di lokasi lain, mayat di buang tepi jalan - Polis (this story)
- Utusan Malaysia Mayat tepi jalan: Polis percaya mangsa dibunuh di lokasi lain







