PUTRAJAYA: Malaysia memerlukan bakat berkemahiran tinggi bagi menyokong peralihan kepada negara ke arah pertumbuhan ekonomi bernilai tinggi.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, negara mempunyai dasar dan pelan bagi melahirkan bakat berkemahiran tinggi antaranya Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035, Rancangan Malaysia Ke-13 dan Dasar TVET Negara 2030.

Beliau berkata, sektor ekonomi bernilai tinggi di negara ini kini berkembang dengan pesat justeru, pelbagai peluang tersedia dan boleh dimanfaat.

“Kita mahu industri bergerak lebih tinggi dalam rantaian nilai. Kita mahu sektor pertumbuhan tinggi
berkembang. Kita mahu pelaburan berkualiti membawa teknologi dan pekerjaan yang lebih baik.