KUALA LUMPUR: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berharap kerajaan menyediakan peruntukan RM15 juta menerusi Belanjawan 2027 bagi memperkukuh pembangunan sukan para negara, termasuk usaha mencungkil bakat baharu serta memperkasakan persatuan sukan para kebangsaan.
Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, dana itu penting bagi memastikan persatuan mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk melaksanakan program pembangunan atlet secara berterusan, khususnya di peringkat akar umbi.
Beliau berkata MPM sebelum ini pernah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan peruntukan berkenaan dan berharap kerajaan dapat mempertimbangkannya supaya pembangunan sukan para dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh.









/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/99fa1c1018b62ecbe6d1dfeb2b2f2638.jpg)