sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 sudah melabuhkan tirai semalam, namun bagi penganjur, kerja untuk edisi 2027 sebenarnya perlu bermula sebaik sahaja perlumbaan selesai.
Itu antara perkara paling jelas dalam penilaian Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL, Emir Abdul Jalal, apabila isu kewangan dan penajaan dilihat menjadi penentu utama sejauh mana perlumbaan berstatus 2.Pro itu mampu berkembang tahun depan.
Dengan kos penganjuran 2026 sekitar RM12 juta, Emir melihat jumlah berkenaan masih mampu memastikan LTdL berjalan, tetapi ruang untuk menambah nilai pada perlumbaan menjadi lebih terhad.
Malah, beliau mengakui sekiranya menggunakan jumlah sama pada 2027, penganjur boleh 'bertahan', tetapi perlu berdepan lebih banyak kekangan.








