MELAKA: "Saya amat bersyukur. Akhirnya hak Hanan terbela," kata Noraisah Ali, 42, susulan keputusan Mahkamah Tinggi Ayer Keroh di sini, semalam, yang membenarkan tuntutan ganti rugi oleh Hanan Qaireen Mohd Sukri.

Hanan QaireenHanan Qaireen, 8, kini menderita penyakit 'spastic quadrilegic cerebral palsy' akibat kecederaan otak teruk ketika proses kelahirannya.

Lapan tahun berlalu tetapi dia masih tidak dapat melupakan detik kelahiran anak keempat daripada lima beradik itu pada 18 Februari 2018 di sebuah hospital kerajaan.

Berlaku kecuaian perubatan yang diperakui pihak kerajaan selepas pihaknya memfailkan saman.

Menurutnya, dia hadir ke hospital pada 17 Februari 2018 selepas mengalami pendarahan. Pemeriksaan mendapati bukaan serviks ketika itu baru dua