MELAKA: Mahkamah Tinggi Ayer Keroh hari ini menganugerah RM12.19 juta kepada seorang kanak-kanak perempuan sebagai ganti rugi dalam saman kecuaian perubatan yang difailkan terhadap hospital kerajaan dan beberapa doktornya.

Hanan Qaireen Mohd Sukri kini berusia lapan tahun, menyaman melalui bapanya yang juga wakil litigasi yang sah, iaitu Mohd Sukri Mahat, 46, berikutan mengalami kerosakan otak semasa proses kelahiran 18 Februari 2018 dan seterusnya didiagnosis mengalami Cerebral Palsy Spastik Kuadriplegia, akibat kecuaian defendan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Isa Aziz Ibrahim menganugerahkan Hanan Qaireen RM10.77 juta bagi ganti rugi am masa hadapan berkaitan kos dan perbelanjaan yang akan terus ditanggung ahli keluarga plaintif sepanjang hayatnya kerana tidak mampu berdikari termasuk rawatan, rehabilitasi dan bantuan pelbagai disiplin lain.