KOTA KINABALU: Ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir mendakwa tidak diberikan sebarang penjelasan berhubung kepentingan proses bedah siasat sebelum menandatangani borang penolakan prosedur berkenaan.
Noraidah Lamat, 46, memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa beliau bersama adik iparnya, Nur Shira, menandatangani borang berkenaan dalam keadaan panik dan diselubungi kesedihan melampau.
"Kami menandatangani borang itu kerana panik dan terlalu sedih.
"Ketika itu, apa yang difikirkan hanyalah mahu menyegerakan urusan jenazah Zara kerana kami juga perlu mengambil kira perjalanan pulang ke Sipitang yang memakan masa kira-kira tiga jam," katanya ketika memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.










