KUALA LUMPUR – Selepas tiga tahun pemergian Allahyarham Suhaimi Saad, penyanyi Hadie Elfardie mengakui kerap bermimpi bertemu bapanya, malah pernah menerima teguran dalam bayangan tersebut mengenai ibadah solat.

Ujar Hadie atau nama sebenarnya Ehmad Hadie Elfardie, 18, pengalaman itu berlaku selepas dia menziarahi pusara bapanya di Johor dan meluahkan kerinduan, selain berdoa agar arwah hadir dalam mimpinya.

“Jujur cakap, memang selalu bermimpi tentang ayah, cuma kadang-kadang ingat dan tidak. Namun, mimpi paling saya ingat berlaku baru-baru ini selepas saya pulang dari Johor dan singgah di pusara arwah ayah.

“Saya berdoa dan bercakap dengan ayah, kalau Allah izinkan ayah datang, datanglah dalam mimpi. Jangan datang depan-depan sebab saya takut terkejut. Kalau ayah datang untuk menegur, tegurlah dalam mimpi.