KUALA LUMPUR: Teruja diberi kepercayaan menjayakan konsert selama dua malam bersama National Symphony Orchestra (NSO), komposer dan pemuzik terkenal, Aubrey Suwito turut mengakui sokongan isterinya menjadi antara kekuatan utama sepanjang persiapan persembahan berkenaan.
Aubrey berkata, tanpa sokongan dan penjagaan isterinya, dia mungkin tidak mampu menjayakan NSO with Aubrey Suwito - Pop Meets Symphony yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, kelmarin.
"Terima kasih kerana percayakan saya untuk mengadakan konsert dua malam ini.
"Terima kasih kepada isteri saya sebab menjaga saya. Kalau bukan kerana dia, saya tidak dapat menjayakan konsert ini," katanya.
Konsert berkenaan menjadi pentas istimewa buat Aubrey untuk mengangkat karya popularnya dalam susunan orkestra, selain menampilkan penyanyi undangan Ernie Zakri, Syamel dan Shiha Zikir.








/file/attachments/orphans/AnnessaTan1_502210.jpg)
