mohamadridzuan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur : Pengalaman julung kali mengarahkan filem cereka nyata memberikan tekanan emosi tersendiri buat pelakon Liyana Jasmay sehingga mengakibatkan berat badannya naik sebanyak empat kilogram (kg).
Liyana, 38, berkata proses penghasilan filem Pemuja Syaitan bukanlah satu tugasan mudah kerana kerap memikirkan aspek strategi pemasaran serta penerimaan penonton di pawagam.
"Saya tak boleh tidur dan berat badan meningkat sampai 4 kg. Memang agak dahsyat. Kerisauan ini sebab penerimaan penonton.
"Saya sangat pentingkan 'rasa', jadi risau kalau orang tak boleh rasa apa yang cuba dibawakan dalam filem ini.










