Kota Kinabalu: Kementerian Komunikasi sedang merangka kaedah terbaik bagi memperluas program e-Tuisyen Rakyat bagi membolehkan pelajar yang mempunyai capaian Internet baik dapat mengikuti kelas secara dalam talian dari rumah.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, ketika ini pelajar perlu hadir ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk mengikuti program berkenaan, namun kementerian sedang mengkaji pendekatan yang membolehkan kemudahan itu dinikmati dari rumah.

"Salah satu program yang sedang kita selaraskan untuk memanfaatkan lebih ramai ialah program e-Tuisyen Rakyat yang menyediakan program tuisyen secara dalam talian dengan seorang guru secara percuma dalam lima mata pelajaran.