KUALA LUMPUR: Berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum bergelar suami isteri, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah bakal mengadakan dua majlis resepsi bertemakan Kenduri Rakyat di kampung halaman masing-masing, iaitu di Muar, Johor pada 25 Oktober dan Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober.

Menurut Syed Saddiq, perancangan untuk mengadakan kedua-dua majlis itu dilakukan dalam tempoh kurang dua bulan selepas mereka mengambil kira kekangan masa dan kesukaran mendapatkan lokasi untuk majlis perkahwinan.

“Resepsi kami nanti bertemakan Kenduri Rakyat, di mana orang ramai dijemput untuk datang. Majlis kami nanti adalah bertemakan rewang.

“Kalau sebelum ini sambutan Hari Raya di Muar saja sudah mencecah 10,000 orang, jadi kita menjangkakan untuk kenduri kami nanti lebih ramai yang akan datang. Jadi majlis itu nanti majlis berkonsepkan siapa cepat dia dapat.