KUALA LUMPUR: Datuk Ismail Lasim masih Menteri Besar Negeri Sembilan selagi peletakan jawatannya belum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, berdasarkan amalan adat perlembagaan negeri itu.
Pakar Perlembagaan, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, berkata kedudukan berkenaan perlu dilihat berdasarkan amalan perlembagaan atau adat perlembagaan Negeri Sembilan yang menetapkan peletakan jawatan Menteri Besar memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Besar.
Katanya, walaupun Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) tidak menyatakan secara jelas keperluan mendapatkan perkenan bagi peletakan jawatan Menteri Besar, amalan yang dipraktikkan di negeri itu perlu diambil kira dalam menentukan kedudukan semasa jawatan berkenaan.








