PUTRAJAYA: Kabinet meluluskan penubuhan Suruhanjaya Bersama Pendidikan Tinggi Malaysia-China sebagai platform kerjasama dua hala memperkukuh hubungan dan meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara di peringkat antarabangsa.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, menerusi penubuhan suruhanjaya itu, kedua-dua negara akan mengadakan pertemuan tahunan bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan sektor pendidikan tinggi.
Beliau berkata, suruhanjaya berkenaan telah ditandatangani, manakala mesyuarat pertamanya dijadualkan berlangsung di China tahun depan.
“Mesyuarat pertama akan diadakan di China tahun hadapan. Ia sepatutnya diadakan pada tahun ini tetapi kita tangguhkan kerana ada perkara yang perlu diselesaikan di Malaysia.








