Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga pengerusi PH berucap pada majlis Malam Harapan di Melaka menjelang PRN 14 Nov.MELAKA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mencabar menteri Kabinet yang mengkritik kerajaan perpaduan semasa berkempen pada PRN Melaka membangkitkan rungutan mereka pada mesyuarat Kabinet esok.

"Ini kawan-kawan saya dalam kerajaan dia main kempen. Dia serang kerajaan tapi dalam kerajaan, dia TPM, menteri ada, menteri itu, menteri ini. Kalau setuju..tak setuju, kita cakap dalam Kabinet kita.

"Esok pagi 9 pagi mesyuarat...9 pagi sampai 12 tengah hari...tiga jam. Cakaplah. Ini politik baru," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Harapan, di Dewan Pay Fong.

Anwar, yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) berada di Melaka untuk berkempen pada PRN 14 Nov.