Melaka: Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengingatkan pemimpin politik khususnya yang berada dalam Kerajaan Perpaduan supaya mengamalkan budaya perbincangan dan menyelesaikan perbezaan pendapat menerusi saluran sewajarnya termasuk mesyuarat Kabinet.

Perdana Menteri berkata, pihaknya tidak mahu wakil kerajaan Perpaduan menjadikan pentas kempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 sebagai medan pertelingkahan.

Katanya, sebarang perbezaan perlu dibincangkan secara matang dan profesional bagi memastikan hubungan dalam kerajaan terus kukuh serta tidak menjejaskan kestabilan pentadbiran negara.

"Ini kawan saya dalam kerajaan. Dia datang kempen, dia hentam. Tapi (ada) dalam kerajaan. Kalau tidak setuju, cakap dalam Kabinet esok pagi.