KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) boleh meneruskan aktiviti yang sebelum ini digantung, termasuk bertanding dalam pilihan raya, susulan perintah mahkamah yang diperoleh gabungan itu pada 22 Oktober lalu.Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, perintah mahkamah berkenaan adalah sah dan membolehkan PN meneruskan aktiviti berkenaan, melainkan diketepikan oleh Mahkamah Rayuan.Menurutnya, perkembangan itu menjadi asas kepada keputusan untuk memanggil mesyuarat Majlis Tertinggi PN bagi membincangkan perkara berkenaan."Perintah mahkamah adalah sah. Apa maksud perintah mahkamah yang diperoleh PN pada 22 Oktober?"PN boleh jalankan aktiviti yang sebelum ini digantung. Boleh bertanding dan memasuki pilihan raya, kecuali diketepikan oleh Mahkamah Rayuan," katanya menerusi hantaran di Facebook Ahad.Sebelum ini, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempersoalkan keabsahan mesyuarat tergempar MT PN susulan Notis Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pembatalan pendaftaran gabungan itu telah difailkan pada tarikh sama surat jemputan mesyuarat tersebut dikeluarkan.Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi PN turut menggesa pihak yang mempunyai pandangan atau bantahan supaya hadir dan menyuarakannya dalam mesyuarat yang dipanggil."Kalau hendak bermadah, hadir dan cakap dalam mesyuarat."Kalau tidak, jumpa sahaja di Melaka," katanya.
'Hadir cakap dalam mesyuarat, kalau tidak, jumpa sahaja di Melaka' - Peguam

Key takeaways
Perintah mahkamah membenarkan Perikatan Nasional meneruskan aktiviti termasuk bertanding dalam pilihan raya.
- Perintah mahkamah pada 22 Oktober membenarkan PN meneruskan aktiviti yang digantung.
- PN boleh bertanding dalam pilihan raya kecuali diketepikan Mahkamah Rayuan.
- Mesyuarat MT PN dipanggil untuk membincangkan perkara tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AINON MOHAMED
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Sulaiman tidak pertahan Lendu, Idris cakap ‘tunggu dulu’
- Berita Harian 'Kalau BERSATU hendak hadir, itu hak mereka'
- Sinar Harian 'Hadir cakap dalam mesyuarat, kalau tidak, jumpa sahaja di Melaka' - Peguam (this story)








