PETALING JAYA: Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu yang disandangnya pada pilihan raya negeri (PRN), 14 November ini.
Sulaiman mengambil keputusan untuk tidak lagi menawarkan diri sebagai calon selepas tiga penggal mewakili kawasan berkenaan sejak 2013.
“Cukup sudah saya bertanding,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Sulaiman yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah memenangi kerusi DUN Lendu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 2013 dan berjaya mempertahankannya pada PRU14 pada 2018 dan PRN Melaka pada 2021.








