Kota Kinabalu: Noraidah Lamat menafikan pernah mendakwa bahawa anak perempuannya, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, mungkin dibunuh.
Beliau berkata demikian ketika disoal peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah, yang mewakili pelajar dikenali sebagai Pelajar B, C, D dan E, dalam prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Zara.
Peguam itu kemudian mencadangkan, kepercayaan Noraidah bahawa Zara mungkin dibunuh adalah berdasarkan pemerhatiannya terhadap kesan lebam di bahagian belakang badan anaknya.
"Saya tidak pernah cakap begitu, saya masih menunggu laporan polis sehingga ke hari ini. Tiada penjelasan yang jelas sehinggalah kes ini dibawa ke mahkamah," katanya kepada Koroner Amir Shah Amir Hassan.









