Melaka: Kegiatan lima wanita warga asing yang dipercayai menawarkan khidmat seks terbongkar selepas rumah tumpangan di Banda Hilir, di sini, diserbu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) petang semalam.
Dalam serbuan pada 3 petang dengan bantuan polis itu, kesemua wanita warga Indonesia berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu ditemui dalam bilik berasingan di premis terbabit.
Menurut JAIM, pemeriksaan di bilik pertama menemukan seorang lelaki tempatan bukan Islam berusia 44 tahun bersama wanita berusia 38 tahun.
Katanya, pemeriksaan lanjut turut menemui kondom terpakai dan wang tunai RM60 dipercayai bayaran bagi mendapatkan khidmat wanita terbabit.








