Putrajaya: Kementerian Pengangkutan tidak mengadakan sebarang pertemuan dengan AirAsia dalam tempoh dua hingga tiga minggu lepas, selain tiada perjanjian dicapai dengan syarikat penerbangan tambang rendah itu.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata syarikat penerbangan sememangnya akan mengadakan pertemuan secara berkala dengan kerajaan, namun perbincangan terbaharu berkaitan AirAsia kemungkinan diadakan dengan Kementerian Kewangan (MOF).
"Kalau dalam dua minggu, tiga minggu ini memang tak ada apa-apa pertemuan dengan pihak AirAsia dan tak ada apa-apa perjanjian.
"Mungkin mereka (AirAsia) ada perbincangan dengan MOF. Maksud saya syarikat penerbangan ini memang ada mesyuarat berkala dengan dengan pihak kerajaan," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F04%2F3c618e5012b6603c919dda10765ba5a8.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)