ALOR SETAR – Seorang remaja lelaki dipercayai maut selepas dikurung dan diseksa selama dua hari sebelum mayatnya dibuang di tepi semak berhampiran Jalan Harvard Golf Club, Gurun dekat sini, Khamis lalu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, mangsa berusia 19 tahun dipercayai dilarikan sekumpulan suspek pada Isnin lalu sebelum dikurung dan dipukul di sebuah rumah di Gurun.
Katanya, kejadian dipercayai berpunca daripada kemarahan suspek selepas menerima aduan penduduk tempatan yang mendakwa mangsa mencuri motosikal.
“Mangsa dituduh mencuri motosikal, namun ia tuduhan tanpa ada laporan polis dibuat. Mereka tangkap suspek ini pada Isnin lalu dan bawa balik ke rumah salah seorang tangkapan di Gurun.








