ALOR SETAR: Remaja lelaki yang ditemui maut dalam semak berhampiran Jalan Harvard di Gurun, Sungai Petani, Jumaat lalu dipercayai dikurung selama dua hari, diseksa, digunting rambut hanya kerana dituduh mencuri motosikal.
Lebih menyedihkan, mangsa berusia 18 tahun itu turut dipukul dengan objek tumpul sehingga meninggal dunia sebelum mayatnya dibuang di tepi jalan di lokasi berkenaan.
Mayat mangsa kemudian ditemui orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, berkata polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat seorang lelaki di lokasi kejadian pada jam 8.05 pagi Khamis lalu.









