PETALING JAYA: Dua remaja dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Pilah kerana membunuh seorang pelajar Tingkatan 2, di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za’ba, Kuala Pilah, pada 25 Sept lalu.
Keduanya berusia 16 tahun dituduh secara bersama menyebabkan kematian pelajar junior berkenaan di Blok A, Asrama Putera, sekolah itu, antara 7.30 malam hingga 8.50 malam pada tarikh tersebut, lapor Kosmo.
Pertuduhan terhadap dua remaja berkenaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.
Prosiding berlangsung di hadapan Hakim Majistret Roslinda Razali dengan Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah bertindak bagi pihak pendakwaan, manakala dua tertuduh diwakili Hanif Hassan dan Muhd Wajih Zakwan Hanif.






