Semua portfolio exco dijaga oleh ketua jabatan kerajaaan berkaitan buat masa ini, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaaan negeri boleh membuat keputusan berkenaan belanjawan tanpa perlu adanya ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco), kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim.

Menurutnya, jabatan-jabatan kerajaan boleh menyediakan belanjawan untuk dibawa ke DUN.

"Kebiasaannya, bajet itu kita bawa kepada exco untuk kelulusan, tapi bukan semestinya," katanya lapor Sinar Harian. "Tapi boleh juga, dalam keadaan biasa, bajet yang disediakan oleh jabatan-jabatan ini akan kita bawa terus kepada DUN."

Ismail juga memaklumkan bahawa semua portfolio exco dijaga oleh ketua jabatan berkaitan, buat masa ini.