KUALA LUMPUR – Tindakan menularkan aduan berkaitan rasuah di media sosial berpotensi menjejaskan operasi risikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk memberi peluang kepada pihak yang disyaki mengambil tindakan bagi mengganggu proses pengumpulan bukti.Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin berkata, pendedahan terlalu awal boleh memberi amaran kepada pihak yang disyaki sehingga menjejaskan proses pengumpulan bukti dan pelaksanaan operasi."Antara tindakan yang mungkin dilakukan selepas mengetahui mereka sedang diperhatikan ialah melupuskan dokumen, mengubah corak komunikasi atau mengambil langkah yang boleh mengganggu proses siasatan."Pendedahan terlalu awal boleh menjejaskan element of surprise yang amat penting dalam operasi perisikan," katanya pada Isnin.Menurutnya, masyarakat mempunyai ruang luas untuk berkongsi maklumat menerusi media sosial, namun penularan laporan atau aduan secara terbuka ketika maklumat masih dalam proses pembangunan boleh memberi kesan kepada proses perisikan dan siasatan."Bahagian Perisikan SPRM turut memberi perhatian terhadap kecenderungan sesetengah individu atau pencipta kandungan (content creator) yang menularkan laporan atau aduan di media sosial demi mendapatkan perhatian atau atas motif tertentu," katanya.Sehubungan itu, beliau berkata, penyaluran maklumat melalui saluran yang betul penting bagi membolehkan agensi penguat kuasa menilai, mengesahkan dan membangunkan maklumat secara profesional tanpa menjejaskan operasi."Dalam usaha membanteras rasuah, Bahagian Perisikan SPRM berperanan membangunkan maklumat daripada petunjuk awal sehingga menjadi asas kepada pembentukan kes jenayah yang mempunyai bukti kukuh."Pendekatan Penyiasatan Berasaskan Perisikan atau Intelligence-Based Investigation (IBI) menjadi antara pendekatan utama SPRM dalam pelaksanaan operasi dan siasatan, khususnya bagi jenayah rasuah yang berlaku secara tersembunyi serta sukar dikesan," katanya.Menurutnya, pendekatan itu melibatkan penelitian dokumen dan minit mesyuarat, pemprofilan kewangan, rekod kewangan, pengawasan fizikal, teknik penyamaran serta penggunaan teknologi analisis moden bagi membangunkan maklumat secara sistematik."Keunikan pendekatan ini ialah pelaksanaannya secara sehenti, daripada A hingga Z dalam satu bahagian."Bahagian Perisikan SPRM bukan sahaja menjalankan risikan, malah membangunkan maklumat, mengumpul bukti dan melaksanakan siasatan menerusi pasukan khas sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk penilaian," katanya.Jelasnya, keberkesanan pendekatan berkenaan turut dapat dilihat menerusi kadar keberhasilan pendakwaan yang dilaporkan mencecah antara 90 hingga 100 peratus."SPRM turut memperkukuh keupayaan analisis berasaskan kecerdasan buatan (AI) serta kerjasama rentas agensi bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi menghadapi jenayah yang semakin komplek
Tular aduan boleh jejaskan operasi risikan SPRM

Key takeaways
Menular aduan rasuah di media sosial boleh mengganggu operasi SPRM dan proses pengumpulan bukti.
- Pendedahan awal boleh memberi amaran kepada pihak yang disyaki.
- SPRM menasihati masyarakat menyampaikan maklumat melalui saluran yang betul.
- Penularan aduan boleh mengganggu elemen kejutan dalam operasi perisikan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗









