BEIJING – Seorang pemilik rangkaian restoran stimbot daging di China menghadiahkan kereta BMW berharga 300,000 yuan (RM182,992) setiap satu kepada beberapa pekerja terbaiknya selepas melihat mereka menunggang basikal elektrik ke kedai semasa cuaca sejuk, lapor laman berita VNExpress.

Ma Yanli membawa ketiga-tiga pekerja itu ke pengedar BMW untuk mengambil kereta yang telah dibayar sepenuhnya, lapor stesen penyiaran Henan TV akhir bulan lepas.

Seorang pekerja bernama Li Jie berkata, Yanlu memberitahunya semasa menuju ke bilik pameran bahawa dia akan menerima ‘mainan besar’.

Ahkbar South China Morning Post melaporkan sebuah BMW berwarna putih telah didaftarkan atas nama Jie dan Yanli tidak memintanya untuk menandatangani sebarang perjanjian sebagai balasan.