JAKARTA – Seorang deejay popular di Indonesia enggan melanjutkan perkahwinan dengan kekasihnya dan mencari calon suami yang boleh memahami kerjaya serta menyayangi anaknya, lapor laman berita Tribunnews.
Putri Una Astari Thamrin atau lebih dikenali sebagai DJ Una berkata, dia enggan melanjutkan hubungan dengan kekasihnya kerana bimbang salah memilih pasangan hidup.
“Sampai sekarang saya masih belum berfikir untuk mencari pasangan. Saya menumpukan pada kerja dan anak,” katanya di Jakarta Pusat baru-baru ini.
Menurut wanita berusia 38 tahun itu, calon suami yang diimpikannya mesti mempunyai sifat lemah lembut, tidak mudah emosi, rajin beribadah dan memiliki hidup yang stabil.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F01%2F9b9a5580ddb583f4be41effb0ba0c77e.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)