JAKARTA – Kebakaran tanah gambut di Desa Jelutung II, wilayah Bangka Belitung merebak ke kawasan perumahan dan memusnahkan 305 buah rumah penduduk, lapor laman berita Detik News.

Meskipun tiada nyawa terkorban, titik api di lokasi kejadian masih belum padam sepenuhnya sehingga kini.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Brigedier Jeneral Murry Mirranda berkata, pihak polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pelbagai agensi kini bertungkus-lumus memadamkan sisa kebakaran yang tersembunyi di bawah tanah gambut.

“Kita berganding bahu memadamkan sisa api ini bagi memastikan tiada cetusan kebakaran baharu yang boleh merebak semula,” katanya k