KUCHING: Seorang wanita ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Jalan Taman Kim Pang, di sini, hari ini.
Mayat belum dikenal pasti identiti itu ditemui pasukan bomba ketika operasi mencari dan menyelamat dijalankan selepas wanita itu dilapor terperangkap.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dan Batu Lintang dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 3.57 petang.
"Rumah berkenaan didapati terbakar 100 peratus dan dihuni enam orang, dengan seorang mangsa dilapor terperangkap.








